“Hanya Spekulasi” – Berita ‘Disneyland’ Bakal Dibuka Di Melaka Rupanya Berita Palsu!

17 Nov 2022 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial berita mengenai pihak Disney merancang untuk membuka Taman Tema ‘Disneyland’ di Melaka.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, sebuah Taman Tema ‘Disneyland’ dan ‘Disney City’ bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.

Bagaimanapun, wartawan dari CNN, Heather Chen telah mendapatkan kepastian daripada pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan ‘Disneyland’ di Melaka.

Tidak benar. Ia berita palsu dan spekulasi semata-mata.

Menerusi ciapan tersebut, Chen berkata berkemungkinan berlakunya kesilapan apabila Datuk Muhammad Jailani hanya mengatakan taman tema yang besar seperti ‘Disneyland’ akan dibuka.

Namun, bukanlah satu perjanjian dengan jenama Disney seperti yang tular di media sosial.

Terdahulu, Datuk Muhammad Jailani memaklumkan pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Satu KL Kena Malapetaka!" - Perkhidmatan LRT Ditutup Seminggu, Rakyat Gesa CEO Prasarana Letak Jawatan