'Hanya Tesla boleh sahkan' - Tengku Zafrul

LocalPolitics
8 Aug 2024 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Tengku Zafrul.

image is not available
Tengku Zafrul (dua dari kanan) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menghadiri Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemain Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) pada Khamis.

KULIM - Hanya Tesla yang boleh sahkan tentang kesahihan laporan berita media Thailand berkaitan pembatalan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dirujuk dengan syarikat pengeluar kenderaan EV berkenaan.

"Anda perlu bertanya dengan Tesla, saya tidak bekerja dengan Tesla," katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemain Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan portal berita dalam talian Thailand, The Nation yang mendakwa Tesla membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Laporan itu menyatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand tetapi di peringkat dunia.

"Tesla tidak meneruskan (rancangan) di Malaysia, Indonesia atau lokasi lain kecuali di China, Amerika Syarikat dan Jerman,” lapor portal berita itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved