Haqiem Stopa Kini Dalam Pantauan, KPM Akan Siasat Pihak Sekolah

9 Jul 2022 • 1:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Rata-rata tak setuju dengan kehadiran Haqiem Stopa yang dijemput untuk memberi motivasi di sekolah. Hanya pihak penganjur sahaja yang syok sendiri yang merasakan itu satu usaha yang baik tapi bukan bagi kita.

image is not available

Terkini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memulakan siasatan mengenai perkara ini. Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pelajaran, Senator Datuk Dr.Mohd Radzi Md Jidin dan akan menyiasat sebelum mengulas lanjut.

Saya dapat maklumat berkaitan ini semalam. Jadi masih melihat apakah konteks jemputan tersebut. Saya belum menerima maklumat mendalam berkaitan perkara ini. Bagi saya lihat dulu dan pihak KPM akan siasat. – Katanya.

Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belia mahir mengakui mereka mengatur program itu dan tidak berniat untuk mengajar perkara negatif kepada pelajar sekolah.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media