Haqimi beri bayangan tinggalkan KL City

LocalFootball
22 Apr 2025 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haqimi membuat naik catatan menyentuh hati peminat. Foto Insta Story Haqimi Azim

PENYERANG muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim memberi bayangan untuk meninggalkan skuad warga kota pada musim depan.

Pemain berusia 22 tahun itu membuat pesanan yang menyentuh hati buat para peminat dan rakan sepasukan.

"Mungkin ini kali terakhir kita berdiri bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua kenangan, gelak tawa dan cabaran yang kita harungi bersama," catat beliau menerusi Insta Story.

KL City menutup musim Liga Malaysia 2024-2025 dengan penuh bergaya apabila mengutip tiga mata di hadapan penyokong sendiri setelah menumpaskan Kelantan Darul Naim 5-2.

Sejurus berakhir kempen musim ini topik mengenai perpindahan menjadi bualan hangat peminat ketika beberapa pemain dikatakan akan membawa haluan baharu selepas ini.

Nama Haqimi turut tak terkecuali apabila dikaitkan bakal berkelana ke Selatan tanah air selepas bersama KL City sejak tahun 2022.

Malah Haqimi turut memuat naik momen indah bersama skuad Warga Kota sejak tiga tahun lalu.

Katanya, setiap memori yang dicipta bersama keluarga KL City akan sentiasa tersemat di hati walaupun mungkin tak lagi bersama selepas ini dan harap bakal bertemu lagi di lain waktu.

“Walaupun selepas ini kita mungkin membawa haluan masing-masing, setiap detik yang kita kongsi akan sentiasa dekat di hati. Jaga diri, semoga kita bertemu lagi,” catat Haqimi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved