Haram Ke Kalau Bergambar Dengan Pokok Krismas & Santa Claus? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus..

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti kita ketahui, Hari Natal atau Krismas akan disambut oleh agama Kristian tidak lama lagi, jadinya rumah mereka serta tempat-tempat lain sudah dipenuhi dengan perhiasan bagi meraikan perayaan itu.

Haram ke tak bergambar dengan pokok Krismas & Santa Claus?

Susulan itu, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil perjelaskan hukum umat Islam mengambil gambar bersama pokok Krismas dan Santa Claus.

Pokok itu tidak haram, yang haram apabila kita hias pokok itu semasa sambutan perayaan Hari Natal sehingga ada yang menyangka rumah kita adalah rumah orang Kristian. Itu hukumanya haram.

Jangan senewang-newangnya tiru

Menurut UAI, seseorang yang beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya meniru orang kafir kerana boleh menimbulkan salah sangka.

Tetapi tidak mempunyai masalah jika mahu bergambar, cuma Islam melarang jika meletakkan kepercayaan terhadapnya.

Ingat, setiap perayaan orang kafir kita kena beritikad (percaya) apa yang mereka buat adalah batil (tidak benar).

image is not available 12 months ago

Marion Counter & Suami Sambut Krismas, Netizen Perli - "Mengalahkan Kristian, Dulu Kahwin Siapa Yang Convert Sebenarnya?"