Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, menjadi perhatian netizen selepas memuat naik beberapa foto sambutan hari jadi bersama pengacara Awal Ashaari di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Dynas berkongsi gambar mereka bergambar rapat sambil menulis ucapan:
Advertisement“Happy Birthday Awaiiiiiiiii love you longgggg taimmmmm.”
Namun, salah satu foto yang memperlihatkan Dynas dan Awal bergambar dalam keadaan muka saling melekap mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Netizen Tegur Isu Batas Pergaulan
Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial menegur tindakan tersebut dengan mengaitkannya dengan isu batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Antara komen yang mendapat perhatian berbunyi:
“Mak aii haram tu kak. Kalau bini saya melekat dah microwave kat kepala. Jangan dinormalisasikan. Sekarang ramai jahil termasuk saya. Bukan apa akak kan public figure. Ok kak tegur je. Sebab lalu kat screen. Kalau diam kang dosa pula saya.”
Komen itu turut menerima ribuan tanda suka daripada pengguna lain.
Seorang lagi netizen turut membalas ringkas:
“Terima kasih tegur. Haram tetap haram.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Tinggal Bini Dengan Anak Baru Lahir, Kau Pergi Panjat Gunung" - Dahlia Jalani 'Postpartum' Tanpa Suami, Netizen Kecam Imran Aqil?
The post “Haram Tetap Haram” – Dynas Mokhtar Dikecam Lepas Kongsi Foto Melekap Muka Dengan Awal Ashaari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






