“Harap Dapat Kifarah, Nak Curang Jangan Kahwin..” – Idzham Ismail Luah Rasa Lelah Galas Tanggungjawab Bapa Tunggal Seorang Diri

LocalFamily & Parenting
11 Jul 2025 • 1:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Idzham Ismail memberi bayangan sedang melalui fasa sukar apabila terpaksa membahagikan masa antara tugas sebagai bapa tunggal dan kerjayanya dalam dunia lakonan.

Menerusi satu komen yang ditulis di platform Threads, pelakon berusia 37 tahun itu mengakui sudah terbiasa dengan kehidupan menjaga dua orang anaknya, namun tetap dihantui rasa bimbang terhadap hala tuju kariernya.

Saya terima keadaan ini seadanya tapi saya penat bila fikir tentang hala tuju kerjaya saya.

Macam mana saya nak bersedia untuk lebih banyak peluang kalau dalam diri saya sendiri masih penuh dengan kebimbangan? Kalau nak pasang lain jangan kahwin. Itu nasihat saya kepada perempuan.

Selain itu, Idzham juga menyuarakan harapan agar individu yang didakwa telah menganiaya dirinya dan anak-anak menerima balasan yang setimpal.

image is not available

Saya berdoa agar kifarah dapat menjalankan tugasnya sekarang. Kasihan anak masih kecil.

Luahan tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah ada yang membuat andaian bahawa aktor itu sedang berdepan isu berkaitan hak penjagaan anak bersama bekas isterinya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Idzham dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan serta dipermudahkan urusan menjaga anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-11 11:20:28

"Sebab Nama Dah Busuk, Ingat Dia Nak Berubah" - Fara Salleh Kongsi Sebab Mengapa Dia Kahwin Dengan Shuk Sahar

View Original Article