“Harap Jadi Pengajaran” – CCTV Dedah Sebab Sebenar Dua Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif Selama 9 Jam

LocalEntertainment
21 Aug 2024 • 9:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular berita mengenai dua orang kanak-kanak lelaki yang disangka hilang rupa-rupanya terperangkap dalam lif kerana tersangkut selama 9 jam.

Di sebalik kekecohan itu, ramai netizen menyalahkan pengawal keselematan dan juga pihak pengurusan kediaman bertingkat berkenaan yang dianggap cuai dan bersikap sambil lewa.

Terbaru, seorang individu berkongsi rakaman kamera litar tertutup memaparkan punca sebenar dua kanak-kanak itu terperangkap dalam lif berkenaan.

Difahamkan, dua kanak-kanak itu telah melakukan vandalisme di mana mereka telah meletakkan selipar di tengah-tengah pintu lif lalu menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan.

Laporan kerosakan daripada pihak lif. Lif di block 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakan.

Akan tetapi disebabkan vandalisme akibat daripada kanak-kanak tersebut meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif, menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan dan lif terus berhenti.

Berikutan itu, warga maya berharap kejadian itu dapat dijadikan iktibar buat dua kanak-kanak terbabit dan berharap tindakan dapat diambil terhadap pihak pengurusan keselematan kediaman terbabit.

Terdahulu, kehilangan dua kanak-kanak lelaki akhirnya terjawab setelah mereka ditemui dalam keadaan selamat selepas 9 jam terperangkap di dalam lif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Pemilik Restoran Burger Dikecam Buat Video Menjatuhkan Ryan Bakery - "Busuk Hati Betul Sampai Sanggup Edit Macam Ni"