Harap lebih banyak sokongan bantu kanak-kanak terima rawatan jantung

31 Jan 2024 • 2:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Berdepan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat, Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) berharap menerima lebih banyak sokongan bagi memastikan tiada kanak-kanak dinafikan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa.

“Kami akan terus menyelamatkan nyawa kanak-kanak dengan mendapatkan sokongan orang ramai untuk membantu kami mengatasi halangan kewangan ini,” kata Presiden SOSHF, Datuk Eva Susau, sambil menekankan organisasi itu tetap berdedikasi untuk menyediakan penjagaan berkualiti tinggi kepada kanak-kanak memerlukan.

Eva menegaskan walaupun SOSHF berjaya dalam misi berterusannya untuk menyediakan pembedahan yang menyelamatkan nyawa untuk kanak-kanak yang mengalami penyakit jantung kongenital, kos yang semakin meningkat bagi prosedur perubatan tersebut kekal menjadi cabaran utama.

“SOSHF berjaya menghantar 10 pesakit pada 2023 dengan kos tertinggi bagi seorang pesakit ialah RM93,579.70 di mana dia perlu menjalani pembedahan kedua untuk memasang perentak jantung bagi menyokong jantungnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Sejak penubuhannya, SOSHF telah menghantar 722 pesakit untuk pembedahan CHD kritikal.

“Kami meminta orang ramai untuk menyokong misi persatuan melalui derma ikhlas mereka. Tiada jumlah yang terlalu kecil; setiap nilai membantu dalam memberikan impak besar ke atas kehidupan kanak-kanak ini dengan membantu membiayai pembedahan jantung mereka dan menerima penjagaan segera yang mereka perlukan,” tambahnya.

Beliau mengalu-alukan perkongsian atau penajaan korporat untuk meningkatkan kerjasama dengan perniagaan.

Eva turut berkata SOSHF sedang berusaha untuk memiliki ‘rumah pertengahan’ sebagai tempat untuk pesakit tinggal ketika mendapatkan bantuan perubatan di ibu negeri dan bekerjasama untuk penubuhan Pusat Jantung Kanak-kanak atau Jabatan khas dalam Pusat Jantung Sabah sedia ada.

“Inisiatif ini bertujuan bagi menyediakan akses tempatan kepada penjagaan perubatan penting untuk kanak-kanak yang mengalami masalah jantung,” katanya.

Eva turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Exco atas sokongan tidak ternilai mereka dan berharap semua ahli akan terus memberikan sokongan terbaik kepada SOSHF dalam misinya untuk memberi impak positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

“Kami juga berterima kasih kepada semua penderma, dan Kerajaan Negeri melalui Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat atas sokongan mereka dan mengharapkan sokongan berterusan kepada Persatuan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menyumbang atau terlibat, layari laman sesawang SOSHF di www.sabahheartfund.org atau hubungi Pn Melinda Lo ( Setiausaha Kehormat) di 0168819203 atau MR Dicksonal (Admin) di 0198801270 atau terus bank ke akaun SOSHF di Maybank Berhad (No Acc:510143112262) yang mana resit pengecualian cukai akan dikeluarkan selepas salinan WhatsApp resit tersebut diberikan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.