Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

10 Feb 2026 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Memandangkan 3.27 juta bakal banjiri lebuhraya di seluruh negara PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sudah bersedia menghadapi lonjakan trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijangka bermula seawal Khamis ini.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata peningkatan trafik dijangka berlaku secara berperingkat bermula pertengahan minggu sebelum memuncak pada hujung minggu dan hari perayaan.

"Minggu perayaan TBC kali ini jatuh pada pertengahan minggu iaitu 15 dan 16 Februari, kemudian bersambung pula dengan cuti panjang apabila 17 dan 18 Februari adalah cuti perayaan, diikuti 1 Ramadan pada 19 Februari.

"Justeru, kita menjangka trafik mula memasuki lebuh raya seawal Khamis ini dan akan berlarutan hingga hujung minggu berikutnya," katanya selepas tinjauan Jelajah Media PLUS di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, menjelang sambutan TBC semalam.

Sebelum ini, PLUS menjangka jumlah trafik harian di Lebuhraya Utara-Selatan meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan pada hari puncak tertentu, berbanding purata biasa sekitar 2.1 juta kenderaan.

View Original Article