“Harap Tak Betul..” – Minta Puteri Sarah Pertahankan Rumah Tangga, Yusof Haslam Tak Dapat Tahan Sebak

20 Jun 2022 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai pasangan selebriti iaitu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diganggu oleh orang ketiga sering diperkatakan oleh orang ramai.

Dalam pada masa yang sama, timbul juga khabar angin mengenai Syamsul bakal berkahwin dengan orang ketiga berkenaan tidak lama lagi, namun tiada sebarang kenyataan yang mengesahkan berita terbabit.

Di dalam klip pendek yang dimuat naik oleh pihak Melodi TV3 di YouTube baru-baru ini, bapa mentua Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam berkeras enggan memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin anaknya mempunyai wanita lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Beliau berkeras enggan membuka mulut kerana tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak biarpun berharap agar khabar tersebut adalah tidak benar.

Bagaimanapun, semasa memberi pesanan kepada menantunya, Yusof tidak dapat menahan sebak apabila meminta Sarah untuk kekal kuat dan pertahankan rumah tangganya sebaik mungkin.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

Syamsul Yusof Didakwa Bakal Berkahwin Dengan ‘Orang Ke-3’, Yusof Haslam Harap Ia Hanya Khabar Angin