
TIGA otai dalam industri muzik rock negara, Datuk Amy dari kumpulan Search, Datuk Awie (Wings) dan Emmett (Butterfingers) meletakkan harapan tinggi kepada band-band tempatan yang bakal membuat persembahan pada Borneo Rock Festival (BRF) 2023, 30 Disember ini.
Amy, yang juga legenda rock negara, menyifatkan bakat-bakat baharu di Sabah mempunyai tona suara yang unik dan harus diketengahkan menerusi platform seperti BRF2023.
“Bukan lagi jarang, tapi inilah kali pertama festival muzik rock sebesar ini dapat direalisasikan di Borneo.
“Jadi saya berharap festival ini akan dapat memeriahkan lagi arena muzik di Sabah kerana Sabah itu sendiri mempunyai banyak bakat baharu.

