HARAPAN bela nasib semua kaum terutama golongan miskin

10 Sep 2022 • 8:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 10 SEPT: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memelihara kebajikan semua kaum dalam negara ini terutama golongan miskin.

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya perkara itu tidak diendah, pemimpin HARAPAN tidak layak diangkat sebagai wakil rakyat.

“Kita perlu jaga semua bangsa. Melayu, Cina India semua kena jaga terutama yang miskin. Kalau kita tak jaga, kita tak layak jadi pemimpin.

“Kita perlu seru kepada kebaikan, elakkan penindasan. Bahasa dimartabatkan, ekonomi dijaga. Jadi tak akan timbul isu perkauman,” katanya berucap di program Pentas Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan malam tadi.

Sementara itu presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut meminta semua sayap parti untuk bertindak sekarang menyelamatkan negara.

Beliau berkata kumpulan anak muda perlu bergerak sebagai sukarelawan menyampaikan kefahaman kepada rakyat manakala golongan wanita bangkit dengan semangat baharu.

“Yang lain, ibu bapa juga perlu bangkit bersama. Ini bukan soal parti tetapi nak selamatkan negara. Malaysia sudah banyak tertinggal.

“Kalau dahulu masa saya jadi menteri kewangan, pelaburan asing nombor satu, bursa saham nombor satu. Sekarang kita jatuh. Mana maruah kita?,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved