HARAPAN-BN menang majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan

12 Aug 2023 • 11:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri di Negeri Sembilan berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 10.33 malam ini.

Gandingan PH-BN itu menguasai 24 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Julai lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada PRU14, PH menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi dengan PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved