HARAPAN guna satu logo dalam PRU15, reka bentuk baharu dipertimbang

25 Aug 2022 • 10:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertanding bawah satu logo dengan reka bentuk baharu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Majlis presiden memaklumkan perkara itu antara beberapa ketetapan penting yang diputuskan dalam menyuarat bulannya semalam.

“Dalam menghadapi PRU15, Harapan akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi (penyatuan) bagi memperkukuh parti.

“HARAPAN juga akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan. Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved