HARAPAN umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - Anwar

LocalPolitics
21 Jun 2026 • 12:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

HARAPAN umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - Anwar

JOHOR BAHRU, 21 JUN: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.

Menerusi hantaran dalam media sosialnya hari ini, Anwar berkata beliau akan bersama pimpinan HARAPAN bagi mengumumkan calon-calon yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan.

"Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

"Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat," kata Anwar yang juga Perdana Menteri dalam hantaran itu.

Beliau turut mengajak orang ramai hadir ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai langkah awal menuju kemenangan.

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Image from: HARAPAN umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - Anwar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved