Harapkan Cinta ‘Oppa’, Wanita Dari Sabah Rugi RM2.5 Juta Gara-Gara Ditipu Sindiket Love Scam

14 Jul 2023 • 8:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita ditipu ‘Oppa’ kerugian RM2.5 JUTA

Harapkan Cinta ‘Oppa’, Wanita Dari Sabah Rugi RM2.5 Juta Gara-Gara Ditipu Sindiket Love Scam. Seorang wanita berusia 46 tahun, yang bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta, telah ditipu oleh sindiket ‘Love Scam‘ setelah berkenalan dengan seorang lelaki Korea melalui Instagram pada 2 Julai lalu.

Akibatnya, wanita tersebut mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengenali individu yang mendakwa sebagai lelaki muda dari Korea sebelum hubungan antara mereka menjadi lebih intim.

image is not available
Harapkan Cinta ‘Oppa’, Wanita Dari Sabah Rugi RM2.5 Juta Gara-Gara Ditipu Sindiket Love Scam. Kredit: Berita Harian

“Dalam tempoh dua minggu selepas perkenalan mereka, wanita terbabit meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki berkenaan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa suspek kemudian memberitahu wanita tersebut bahawa syarikatnya dalam bidang minyak dan gas menghadapi masalah dan meminta wanita tersebut untuk memindahkan wang bagi urusan pembelian barang syarikat.

Suspek juga berjanji untuk mengembalikan wang tersebut setelah masalah diselesaikan.

“Disebabkan terlalu percaya kepada suspek, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 41 kali dalam tempoh dua minggu.”

image is not available

Sepanjang tempoh terbabit, mangsa sudah memindahkan RM2.5 juta ke dalam 24 akaun berbeza,” katanya.

Wanita tersebut menyedari bahawa dia telah ditipu apabila wangnya tidak dikembalikan dan dia diminta untuk membuat bayaran tambahan.

Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis pada 12 Julai untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti pemilik akaun yang terlibat dalam transaksi ini.

image is not available

Siasatan juga mendapati bahawa semua pemilik akaun tersebut adalah warga tempatan, tetapi sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui bahawa akaun mereka disalahgunakan untuk aktiviti jenayah.

Pemilik akaun tersebut juga telah memberikan akaun mereka kepada pihak ketiga hanya kerana masalah kewangan,” katanya.

Jauteh juga menasihatkan orang awam, terutamanya wanita, supaya tidak mudah terpedaya oleh kenalan yang dikenali melalui media sosial dan berhati-hati dalam menjalin hubungan dengan seseorang.

Baca lagi artikel menarik: