Harga ASUS ROG Ally Tertiris – $699 Untuk Model Dengan Cip AMD Z1 Extreme

TechnologyDigital
27 Apr 2023 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Konsol mudah-alih ASUS ROG Ally akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Mei ini, dan dijangka akan menjadi pesaing yang pesat untuk penawaran lain seperti Steam Deck dan juga Ayaneo 2.

image is not available

Terkini, melalui The Verge, Roland Quandt dan SnoopyTech, tanda harga untuk konsol ini telah diperlihatkan, dan model yang tampil dengan cip pemprosesa yang lebih berkuasa, iaitu AMD Z1 Extreme akan dijual pada harga $699. Spesifikasi untuk model ini juga nampaknya turut akan hadir dengan komponen seperti 16GB DDR5 dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB.

Dari segi paparan, konsol ini merumahkan paparan bersaiz 7 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz dan dipadankan dengan pembesar suara yang menyokong teknologi audio Dolby Atmos Surround Sound.

image is not available

ASUS ROG Ally juga tiba dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan daripada pelbagai platform, termasuklah Steam, Epic Games dan sebagainya, yang menjadikan konsol ini sebagai sebuah komputer yang sangat padat.

image is not available

Kami jangkakan bahawa tanda harga $699 ini adalah untuk model dengan spesifikasi yang paling berkuasa, jadi jika anda mahukan sebuah konsol gaming mudah-alih yang lebih mampu milik, ASUS dijangka akan memperkenalkan model-model yang lebih murah sewaktu pengumuman mereka kelak.