Harga bahan api jet diunjur naik, Maybank IB turunkan harga sasaran AirAsia X

Business & Finance
4 Mar 2024 • 11:16 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga bahan api jet diunjur naik, Maybank IB turunkan harga sasaran AirAsia X

herman

04/03/2024 - 11:16

KUALA LUMPUR 4 Mac - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan kenaikan harga purata bahan api jet kepada AS$105 setiap tong berbanding andaian harga semasa, AS$100.

Menurut firma penyelidikan itu, perubahan AS$1 setiap tong dalam harga bahan api jet akan menggerakkan pendapatan sebanyak RM10 juta - RM15 juta bagi AirAsia X (AAX).

Katanya, perbelanjaan bahan api suku keempat tahun kewangan 2023 (4Q23) AirAsia X melonjak 32% QoQ kepada MYR473.2 juta menjadikan perbelanjaan bahan api tahun kewangan 2023 (FY23) kepada RM1.31 bilion.

"Ini menjadkan 14% lebih daripada yang kami jangkakan," katanya yang menggariskan faktor tersebut sebagai penyebab kerugian teras bersih pada 4QFY23 sebanyak RM71.5 juta daripada jangkaan keuntungan teras bersih sebelumnya.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Maybank IB berkata, pihaknya juga menjangkakan sumbangan RM10 juta daripada Thai AirAsia X (TAAX) namun ia berlaku sebaliknya apabila tiada sumbangan direkodkan pada 4QFY23.

"AAX menyatakan lonjakan perbelanjaan bahan api adalah disebabkan oleh pengiktirafan perbelanjaan bahan api terkurang terakru daripada suku sebelumnya," jelansya.



Maybank IB dalam kajian itu berkata, keputusan kewangan AAX berada di bawah jangkaan untuk suku ketiga tahun kewangan secara berturut-turut.

"Walaupun pengiktirafan perbelanjaan bahan api yang terkurang terakru daripada suku sebelumnya yang mendorong kesilapan itu, kami juga kecewa kerana AAX tidak lagi dapat mengakaunkan ekuiti untuk pendapatan kukuh TAAX.

"Kami mengurangkan pendapatan sesaham (EPS) FY24E/FY25E sebanyak 67%/58% dan memperkenalkan EPS FY26E. Dengan menganggap FY24E PER sebanyak 8x (6x sebelum ini) atau 15% di bawah purata industri, kami mengurangkan harga sasaran (TP) kami kepada RM1.52 sesaham daripada RM3.40 sesaham dan menurunkan taraf AAX kepada 'Pegang' daripada 'Beli'," jelasnya. - DagangNews.com