Harga Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen Seliter

LocalBusiness & Finance
11 Feb 2026 • 9:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen Seliter

Harga diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 3 sen iaitu kepada RM2.99 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 12 Februari hingga 18 Februari 2026

"Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.99 seliter bagi tempoh 12 Februari hingga 18 Februari," katanya.

Baca juga:

Sementara itu, harga petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter dan RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter.

Begitu juga dengan RON95 di bawah BUDI95, ia kekal pada harga RM1.99 seliter.

Manakala, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

image is not available

"Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian itu.