Harga Diesel Di Singapura Melepasi S$4 Susulan Gangguan Bekalan Akibat Konflik Asia Barat

WorldBusiness & Finance
31 Mar 2026 • 11:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Diesel Di Singapura Melepasi S$4 Susulan Gangguan Bekalan Akibat Konflik Asia Barat

SINGAPURA, 31 Mac (Bernama) -- Harga diesel di Singapura melonjak melepasi paras ambang S$4 pada Isnin, mencecah S$4.13 seliter bagi kebanyakan peruncit bahan api di republik itu.

Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.

Menurut laman sesawang pemantauan harga bahan api motorist.sg, harga diesel berada antara S$3.73 dan S$3.93 seliter pada 27 Mac lepas sebelum meningkat kepada antara S$3.72 dan S$4.13 pada Isnin.

Sementara itu, harga RON95 kekal stabil di seluruh republik itu dalam lingkungan antara S$3.30 dan S$3.42 seliter sejak beberapa hari lalu apabila minyak mentah Brent menunjukkan trend sedikit menurun.

Pada 10 pagi Selasa, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.19 peratus kepada US$111.4 setong.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved