Harga diesel diapung RM3.35 seliter, 30,000 pemilik kenderaan terima bantuan tunai

9 Jun 2024 • 6:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 JUN: Harga diesel di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata harga seterusnya akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa, lapor portal Berita Harian.

“Dengan penetapan penyelarasan subsidi membawa penjimatan RM4 bilion setahun dan mengawal aktiviti penyeludupan terutama membabitkan stesen di sempadan.

“Dengan penjimatan semasa, kerajaan akan memulangkan kepada pembangunan infrastuktur dan lain-lain,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Amer Hamzah berkata seramai 30,000 individu merangkumi pemilik kenderaan diesel persendirian serta petani dan pekebun kecil menjadi kumpulan pertama menerima bantuan tunai RM200 sebulan.

Beliau berkata bantuan Budi Madani Individu dan Budi Agri-Komoditi akan dimasukkan ke akaun penerima mulai tengah malam ini.

“Permohonan untuk mendapatkan subsidi bersasar itu terus dibuka, dan menyeru sesiapa yang layak namun belum mendaftar dengan program Budi Madani untuk berbuat demikian,” katanya.

Kerajaan menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun
kecil komoditi yang layak untuk memohon Budi Madani di pautan
https://budimadani.gov.my.

Pemilik kenderaan logistik yang layak juga boleh memohon untuk mendapatkan ‘fleet
card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved