Harga diesel kekal RM5.12 seliter bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2026 • 7:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga diesel kekal RM5.12 seliter bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026 Image from: Harga diesel kekal RM5.12 seliter bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026 johardy29/04/2026 - 19:31 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 April - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal tidak berubah pada RM5.12 seliter bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026, paras sama seperti minggu sebelumnya, menurut Kementerian Kewangan.

 

Krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global, kata kementerian dalam kenyataan malam ini.

 

"Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa," kata Kementerian Kewangan.

 

 

 

 

 

Pelarasan harga minggu ini adalah berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

 

Harga petroleum yang kekal tinggi berbanding paras prakonflik turut dibelenggu oleh kekangan bekalan minyak dan produk petroleum global, apabila kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan.

 

Justeru, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026 adalah seperti berikut:
 

minyak

Kementerian Kewangan berkata, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin. - DagangNews.com

Pilihan Editor Terkini standard