

Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga baharu itu berkuatkuasa bermula 30 Januari hingga 5 Februari 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan RON97 kekal pada RM3.43 seliter.
"Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini," katanya dalam satu kenyataan.

