Harga Emas Pecah Rekod, Bitcoin Masih Ketinggalan!

Business & FinanceDigital
30 Jan 2026 • 11:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Bitcoin kini hampir disamakan nilai keseluruhannya dengan lonjakan emas, apabila dalam satu hari sahaja emas melonjak 4.4%, menambah kira-kira $1.5 trilion kepada nilai pasaran.

Ketika artikel ini ditulis, harga bitcoin berada di $81,252 dan naik 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.

Harga emas kini menembusi $5,500 seauns, menjadikannya rekod tertinggi sepanjang masa, manakala market cap emas melonjak kepada $34 trilion.

Sementara itu, Bitcoin masih lagi perlahan selepas pasaran kripto dilanda crash Oktober lalu yang melikuidasi lebih $19 bilion posisi.

Dalam tempoh lima tahun, emas juga telah mengatasi Bitcoin dari segi prestasi, +185% berbanding BTC +164%.

Sentimen pelabur pula jelas berbeza. Indeks Fear & Greed menunjukkan Bitcoin berada di zon ‘fear’ (26/100), manakala emas pula melonjak ke zon ‘extreme greed’ (99/100), menandakan keyakinan pelabur terhadap logam berharga sangat tinggi.

Namun, pelabur institusi masih percaya kepada Bitcoin.

Menurut kajian Coinbase, 71% berpendapat BTC undervalued pada harga $85k–$95k, dan 80% sedia membeli lagi jika pasaran jatuh.

Emas kini menjadi bintang pasaran jangka pendek, manakala Bitcoin mungkin masih menunggu masa untuk kembali bersinar.