Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

LocalCars
29 Jun 2026 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

image.png

Bermula 1 Julai 2026, pasaran kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) dijangka berubah secara drastik apabila harga jualan di bilik pameran melonjak kepada sekurang-kurangnya RM300,000 seunit.

Langkah agresif ini adalah susulan pelaksanaan syarat kelayakan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

image.png

Dasar terbaharu ini dilihat bakal 'membunuh' penawaran model EV import mampu milik yang selama ini menjadi pemacu utama segmen pasaran  massa di Malaysia.

Menurut nota penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, MITI menetapkan nilai minimum Kos, Insurans dan Tambang (CIF) sebanyak RM200,000 bagi setiap unit EV import yang mahu dibawa masuk ke negara ini.

Selain itu, syarat baharu berkenaan turut menetapkan keperluan output kuasa minimum 180 kilowatt (kW) bagi model EV import yang layak memasuki pasaran tempatan.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata pelaksanaan syarat berkenaan akan menyebabkan harga jualan akhir kenderaan meningkat dengan ketara selepas mengambil kira duti import, duti eksais, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus serta margin pengedar.

Beliau berkata, kesan langsung daripada dasar itu ialah penamatan pasaran bagi EV import mampu milik yang sebelum ini menyasarkan pengguna arus perdana.

"Dasar ini secara efektif menamatkan pasaran bagi EV import mampu milik untuk segmen pasaran massa, termasuk model asas daripada jenama import seperti BYD, GWM dan MG," katanya dalam nota penyelidikan.

Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai peluang terhad untuk mendapatkan model EV import pada harga sedia ada memandangkan stok kenderaan CBU yang sudah berada dalam negara atau sedang dalam transit sebelum tarikh akhir pelaksanaan dasar itu dikecualikan daripada syarat baharu berkenaan.

Pengecualian itu akan terus terpakai sehingga semua stok berkenaan habis dijual di pasaran.

SUMBER BERITA HARIAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved