Harga gas di EU diramal cecah US$5,000 menjelang akhir tahun: Medvedev

29 Aug 2022 • 5:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia Dmitry Medvedev pada Ahad menjangkakan harga gas di Kesatuan Eropah mencecah €5,000 (US$5,000) bagi setiap seribu meter padu menjelang akhir 2022, lapor Sputnik.

Awal minggu ini, Medvedev telah membuat ramalan bahawa harga gas di EU boleh mencecah US$4,000 setiap seribu meter padu menjelang akhir 2022.

“Oleh kerana kenaikan harga gas mencecah €3,500 setiap seribu meter padu, saya terpaksa menaikkan ramalan kepada €5,000 menjelang akhir 2022,“ tulis Medvedev di Telegram.

Harga gas asli di Eropah hampir memecah rekod akibat bekalan terhad dari Rusia, menurut data pertukaran ICE yang berpangkalan di London dan pengendali penghantaran gas.

Anggaran gas diniagakan untuk penghantaran pada September (hab TTF) berjumlah US$3,507 setakat 26 Ogos, merekodkan nilai tertinggi bagi keseluruhan operasi hab gas di Eropah sejak 1996.

Angka mingguan meningkat hampir US$1,000, atau 40 peratus.

Sebagai tindak balas kepada operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, negara-negara Barat telah melancarkan kempen sekatan komprehensif yang bertujuan, mengehadkan kebergantungan sumber tenaga Rusia.-Bernama