Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13

Digital
8 Sep 2022 • 9:22 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Rakyat Malaysia mungkin boleh gembira buat seketika selepas mengetahui, iPhone 14 dan iPhone 14 Pro yang baru dilancarkan pagi tadi, boleh mula dibeli tidak lama lagi. Apple mengumumkan bahawa pasaran Malaysia akan boleh membuat tempahan awal mulai 16 September dan membelinya dari 23 September 2022.

Dalam kenyataan tersebut, Apple mengatakan iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan terdapat di Malaysia pada 23 September. Manakala iPhone 14 Plus yang menjadi model pertama kali diperkenal, akan tersedia mulai 7 Oktober 2022.

Bersama pengumuman tarikh jualan, Apple Malaysia turut mula menyenaraikan harga untuk semua model baru iPhone 14 dan iPhone 14 Pro. Tetapi ia agak mengecewakan kerana harga jualan di Amerika Syarikat tidak berubah, masih sama seperti iPhone 13 ketika dilancarkan tahun lepas. Manakala di Malaysia, harganya naik agak banyak.

Berikut adalah harga siri iPhone 14 di Malaysia:

iPhone 14

128GB – RM4,199
256GB – RM4,699
512GB – RM5,699

iPhone 14 Plus

128GB – RM4,699
256GB – RM5,199
512GB – RM6,199

iPhone 14 Pro

128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,799
1TB – RM7,799

iPhone 14 Pro Max

128GB – RM5,799
256GB – RM6,299
512GB – RM7,299
1TB – RM8,299

Jika diimbas kembali, harga pelancaran iPhone 13 128GB adalah RM3,899, manakala iPhone 13 Pro 128GB pula RM4,899. Dapat dilihat, harga permulaan iPhone 14 naik RM300 manakala iPhone 14 Pro lebih mahal RM400.

Perkara ini terjadi kerana nilai Ringgit yang menurun berbanding Dolar AS. Atau kata lain, Dolar AS lebih mahal sekarang, jadi iPhone pun naik harga. Mengikut kadar tukaran matawang Google, pada setahun yang lalu iaitu 15 September, USD 1 = MYR 4.1560. Tetapi hari ini, 8 September pula USD 1 = MYR 4.50.

image is not available

Kalau anda terlepas berita, kerajaan Brazil telah menghentikan penjualan iPhone di sana dan mendenda Apple, kerana menjual iPhone tanpa pengecas lebih mahal daripada iPhone yang ada pengecas dalam model sebelum itu. Malaysia juga boleh berbuat demikian, sekurangnya memaksa pemberian pengecas atau harga jualan iPhone diturunkan.

Tetapi seperti biasa, pengguna iPhone di Malaysia selalunya tidak kisah pun berapa harga kerana fungsi canggih di iPhone cukup berbaloi. Adakah anda berpendapat demikian juga?

Bacaan Berkaitan