Harga iPhone 15 lebih mahal di Malaysia, boleh ditempah mulai 22 September

Digital
13 Sep 2023 • 5:20 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sama seperti siri iPhone 14 tahun lepas, peminat di Malaysia boleh mendapatkan telefon pintar terbaru Apple iaitu siri iPhone 15 dalam tempoh dua minggu lagi. Malah, harga rasmi jualannya di Malaysia juga telah diketahui, dengan peningkatan harga di semua model.

Dalam kenyataan rasmi Apple Malaysia, siri iPhone 15 akan dibuka tempahan awal pada hari Jumaat minggu hadapan, 22 September 2023. Ia akan mula dijual di pasaran tempatan mulai hari Jumaat seterusnya, 29 September 2023.

image is not available

Harga untuk siri iPhone 15 pula telah meningkat sebanyak RM200 untuk semua model. Pilihan storan untuk semua model boleh didapati dari serendah 128GB, kecuali untuk iPhone 15 Pro Max yang memiliki storan dari 256GB.

Berikut adalah harga rasmi siri iPhone 15 di Malaysia:

iPhone 15
128GB – RM4,399
256GB – RM4,899
512GB – RM5,899

iPhone 15 Plus
128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,399

iPhone 15 Pro
128GB – RM5,499
256GB – RM5,999
512GB – RM6,999
1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max
256GB – RM6,499
512GB – RM7,499
1TB – RM8,499

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, rujuk artikel kami tentang pelancaran siri iPhone 15 dan siri iPhone 15 Pro.

Bacaan Berkaitan