Harga Langganan Internet Jalur-Lebar Dijangka Mungkin Berkurangan Selepas September 2023

TechnologyDigital
11 Jul 2023 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sebelum ini sedia mengemaskini harga jualan pukal untuk penyedia perkhidmatan internet pada Mac 2023 lepas, sekaligus dijangka akan memberikan pengurangan harga kepada para pengguna awam.

Mengulas mengenainya, kini SKMM menyatakan penurunan harga jualan untuk pengguna awam hanya akan berlaku selepas perjanjian dengan penyedia telekomunikasi dimeterai. Buat masa ini, para penyedia perkhidmatan akses dalam proses menerbitkan RAO (Reference Access Offer), dan pelbagai perbincangan dijangka akan selesai menjelang September 2023.

SKMM turut menyatakan sebarang penurunan harga perkhidmatan jalur-lebar dijangka hanya akan berlaku selepas itu, dan tiada sebarang tarikh pasti diberikan untuknya.

Selain penurunan harga menyeluruh untuk semua, buat masa ini, kerajaan turut menawarkan beberapa pakej internet menyasarkan pengguna B40, termasuk akses internet 30Mbps pada harga RM69 sebulan.