Harga Langganan Spotify Premium Dinaikkan Lagi Di Amerika

LocalBusiness & Finance
16 Jan 2026 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga langganan Spotify Premium dinaikkan sekali lagi di Amerika Syarikat bermula Februari 2026. Ia kini meningkat ke $12.99 sebulan berbanding harga asal $11.99. Kali terakhir penyelarasan harga langganan dilakukan di Amerika Syarikat ialah pada tahun 2024.

image is not available

Pada pelanggan di Malaysia, harga telahpun dinaikkan ke RM17.50 sebulan pada Ogos tahun lalu daripada RM 15.90 sebelum ini. Maka boleh diramalkan harga langganan di Malaysia hanya akan dinaikkan pada tahun 2027.

Semasa Spotify mula ditawarkan di Malaysia pada tahun 2013, ia hanya mengenakan langganan RM14.90 sebulan yang kekal statik sedekad lamanya. Tetapi dengan penambahan kandungan podsiar, video dan buku audio, langganan menjadi semakin mahal.