Harga Langganan YouTube Premium Naik Di Malaysia – Kini Bermula RM20.90 Sebulan Untuk Individu, RM41.90 Sebulan Untuk Keluarga

TechnologyDigital
21 Sep 2024 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube kini dilihat meningkatkan harga langganan untuk YouTube Premium di Malaysia. Peningkatan ini dilihat selari dengan peningkatan yang dilakukan oleh YouTube di beberapa buah negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Peningkatan harga kali ini turut melibatkan pasaran Singapura selain pasaran Malaysia.

image is not available

Di Malaysia, kini YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula ditawarkan pada harga RM41.90 sebulan yang membolehkan dikongsikan bersama 5 orang ahli keluarga. Sebelum ini, pelan individu ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula pada harga RM33.90 sebulan.

Pelan pelajar juga memperlihatkan peningkatan harga kepada RM12.90 sebulan berbanding RM10.90 sebulan sebelum ini.

Melalui YouTube Premium, para pengguna boleh menikmati akses kepada video tanpa sebarang pengiklanan, kebolehan muat-turun dan tonton luar talian, memainkan video pada latar ketika menggunakan aplikasi lain, dan juga akses kepada YouTube Music.

Bagi anda yang sedia melanggan YouTube Premium, apakah pendapat anda berkenaan peningkatan harga ini?