Harga MacBook Neo Paling Mahal Lebih Murah Daripada iPhone 17e

TechnologyDigital
5 Mar 2026 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita sudah tiba ke era sebuah MacBook dijual pada harga lebih murah berbanding sebuah iPhone tahun ini. Semalam MacBook Neo dilancarkan pada harga bermula RM2499 sebuah dan iPhone 17e pula dijual pada harga bermula RM2999 sebuah. Ini adalah sesuatu yang jika diramalkan hanya dua tahun lalu akan membuatkan anda ditertawakan.

image is not available

Model MacBook Neo dengan storan paling besar dan sokongan Touch ID tambahan masih RM100 lebih murah berbanding model paling asal iPhone 17e. Bagi mereka yang mencari nilai, MacBook Neo memberikan anda lebih banyak pada harga yang sedikit.

MacBook NeoiPhone 17e
Skrin13-inci Liquid Retina LCD (2408 x 1506), 60Hz6.1-inci Super Retina XDR OLED (2532 x 1170), 60Hz
PemprosesApple A18 Pro
(CPU 6-teras, GPU 5-teras)
Apple A19
(CPU 6-teras, GPU 4-teras)
RAM8GB RAM8GB RAM
Storan256GB / 512GB SSD256GB / 512GB SSD
Kamera Depan1080p FaceTime HD (Webcam)12MP
Kamera UtamaTiada48MP
Baterisehingga 16 jamsehingga 26 jam
Sistem KeselamatanTouch ID (Hanya model 512GB)Face ID
TelekomunikasiWi-Fi 6E
Bluetooth 6
5G
Wi-Fi 6E
Bluetooth 5.3
Sistem OperasiMacOS 26iOS 26
Berat1.23 kg170g
HargaRM 2499 (8/256GB)
RM 2899 (8/512GB)
RM 2999 (8/256GB)
RM 3999 (8/512GB)

MacBook Neo pada hemat kami diletakkan di dalam kategori mereka yang mencari komputer MacOS paling mampu milik sekiranya merasakan iPad tidak lagi mencukupi untuk digunakan sebagai pengganti laptop. Dalam dunia di mana harga komputer riba paling asas sekalipun akan mencanak naik dalam masa terdekat, MacBook Neo ialah produk yang di atas kertas tidak masuk akal tetapi tetap dilancarkan Apple.