MINYAK masak adalah salah satu bahan masakan penting di dapur. Pemansuhan subsidi minyak masak sawit pada 1 Julai lalu menyebabkan harga maksimum berubah setiap bulan.
Ia adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musabaru-baru ini menyatakan harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.

Bagi bulan Ogos, minyak masak botol 5kg ditetapkan pada harga RM34.70, berkuatkuasa 8 Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja). Manakala harga yang sama turut ditetapkan bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.
Terkini, bagi bulan September, Bernama melaporkan minyak sawit botol adalah seperti berikut;
1-5kg: RM33.50
2-3kg: RM21.10
3-2kg: RM14.30
4-1kg: RM7.50
5-Harga di atas akan dikuatkuasakan bagi jangka masa 8 September hingga 7 Oktober 2022.

📌 Harga maksimum minyak sawit botol 5kg diturunkan kepada RM33.50, 3kg (RM21.10), 2kg (RM14.30), 1kg (RM7.50) berkuat kuasa 8 Sept hingga 7 Okt – @AnnuarMusa pic.twitter.com/KV8Yo93Va8
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 1, 2022
Sumber: Twitter Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Harga maksimum minyak masak 8 September hingga 7 Oktober, 5 fakta ibu perlu tahu appeared first on Sinar Plus.
