Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga

6 Jan 2023 • 1:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masyarakat Iban merasa tidak senang serta tidak puas hati

Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga. Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu mahu kerajaan sama ada kerajaan negeri mahupun persekutuan mengambil tindakan perlu dan segera untuk menstabilkan harga daging babi.

Menerusi laporan media tempatan, Pengerusinya Chambai Lindong berkata, ini kerana daging babi merupakan menu yang diperlukan oleh masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban. Tambah beliau, sebelum ini daging babi boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan. 

image is not available

Rungutan mereka boleh dilihat berdasarkan banyak catatan di media sosial.

Menerusi di laman Facebook juga, netizen mula memuat naik beberapa perkongsian bahawa mereka meminta orang ramai untuk turut memboikot daging babi yang dijual di pasaran. Berikutan juga rata-rata yang merungut dan meluahkan tidak puas hati terhadap kenaikan harga daging babi.

Susulan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata isu tersebut telah dibawa ke perbincangan mesyuarat kabinet dan bakal mengumumkan cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging babi, menjelang Tahun Baru Cina pada 22 Januari depan.

image is not available
Sumber: Facebook

‘Jangan Beli, Kasi Turun Harga!! Boikot Sampai Gawai 2023’ -netizen

Baru-baru ini juga, individu ini telah memuat naik perkongsian dan telah meraih sebanyak 3K tanda suka dan 2.6K kongsi setelah dua jam di muat naik di laman Facebook.

Pengerusi SDNU menyifatkan daging babi kini tidak mampu dimiliki oleh banyak keluarga dalam kalangan masyarakat Iban yang menyebabkan mereka tidak gembira dan rasa tidak senang serta tidak puas hati yang mana rungutan mereka boleh dilihat berdasarkan banyak catatan di media sosial.

Harga daging babi yang tinggi telah memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Dayak dan Iban khususnya, terutama mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah”

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak

image is not available

Lagi artikel semasa yang anda boleh baca di pautan bawah: