
Harga Minyak Brent Naik Hampir Lima Peratus Susulan Ketidakpastian Selat Hormuz
ISTANBUL, 7 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Harga minyak Brent meningkat hampir lima peratus selepas letupan kedengaran di Pulau Qeshm, Iran, susulan operasi terhadap “sasaran yang dianggap bermusuhan” di pintu masuk Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Harga minyak Brent mencecah US$82.30 setong setakat 10.40 malam GMT, meningkat 4.9 peratus, manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik empat peratus kepada US$78 setong.
Rupanya Latih Kucing Lagi Mudah Dari Yang Ramai Sangka!
Jangan Abaikan, Lebam & Keletihan Mungkin Petanda Gangguan Darah
Harga gas Kesatuan Eropah (EU), yang menjadi penanda aras bagi gas asli, turut melonjak 11.5 peratus kepada €58.40 bagi setiap megawatt.
Lewat Khamis, dua letupan yang kedengaran di selatan Iran dikaitkan dengan operasi terhadap apa yang disifatkan sebagai "sasaran yang bermusuhan" berhampiran pintu masuk Selat Hormuz, menurut agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.
Sebelum ini, Iran pada Rabu memaklumkan bahawa perjanjian dengan Oman untuk membuka semula laluan perairan penting itu hampir dimuktamadkan, sekali gus mencetuskan harapan untuk meredakan ketegangan di Asia Barat dan mengurangkan tekanan inflasi akibat harga tenaga yang tinggi.




