Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

1 Dec 2022 • 8:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Harga minyak masak botol bagi kuantiti satu hingga lima kilogram (kg) dikekalkan bagi tempoh 8 Disember hingga 7 Januari tahun depan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Harga minyak masak tulen kemasan botol bagi kuantiti satu hingga lima kilogram (kg) dikekalkan bagi tempoh 8 Disember hingga 7 Januari tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, harga minyak masak botol bagi satu kg dikekalkan pada kadar RM6.90, dua kg (RM13.30), tiga kg (RM19.60) manakala lima kg pada harga RM30.90.

"Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama pihak industri minyak masak yang bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember sama dengan bulan lalu.

"Harga dikekalkan walaupun harga purata minyak masak mentah (CPO) sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya (Oktober)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksimum ditetapkan, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Sabit kesalahan bagi individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000," katanya.

Pada masa sama, katanya, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya terus berhemah dalam pembelian dengan mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian.

Beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kerajaan supaya tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar.

"Salurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui pelbagai saluran aduan rasmi KPDNHEP,” katanya.

Ujarnya aduan boleh dikemukakan melalui WhatsApp ke 019-2794317 atau 019-8488000, portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my, call centre 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDNHEP dan pusat arahan penguatkuasaan (ECC) di 03-88826088/6245." katanya. - Getaran, 1 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved