HARGA minyak global susut kira-kira empat peratus, dengan harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras AS$88 setong buat pertama kali sejak 17 April, menurut data dagangan pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 07:58 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran Ogos susut 3.97 peratus kepada US$87.73 setong, menandakan kali pertama sejak 17 April harga jatuh di bawah paras AS$88.
Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai merosot 2.86 peratus kepada AS$85.20 setong. - Bernama



