Harga minyak merosot lebih 4 peratus ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan

Business & Finance
4 Jan 2023 • 10:47 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Harga minyak merosot mendadak pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek ekonomi global, lapor Xinhua.

West Texas Intermediate untuk penghantaran Februari susut AS$3.33 atau 4.15 peratus untuk ditutup pada AS$76.93 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mac turun AS$3.81 atau 4.43 peratus, untuk ditutup pada AS$82.1 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Penurunan berlaku ekoran peniaga bimbang terhadap prospek permintaan yang suram ekoran kedudukan ekonomi global yang semakin perlahan.

Kristalina Georgieva, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa pada Ahad memberi amaran bahawa 2023 akan menjadi “lebih sukar” berbanding tahun lepas dan berkata satu pertiga daripada ekonomi dunia mungkin mengalami kemelesetan.

Harga minyak juga terjejas ekoran lonjakan nilai dolar AS. Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama, melonjak 0.95 peratus kepada 104.5070 dalam dagangan lewat Selasa. Dari segi sejarah, harga minyak menyongsang dengan harga mata wang AS. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved