Harga Minyak RON 97 Turun 10 Sen, Kini RM 4.20 Seliter

7 Sep 2022 • 6:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Minyak RON 97 Turun 10 Sen, Kini RM 4.20 Seliter

Harga runcit petrol RON97 kini turun sebanyak 10 sen iaitu daripada RM 4.30 kepada RM4.20 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh 8 September 2022 hingga 14 September 2022.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, kementerian itu juga berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kementerian itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved