Harga Minyak Turun Mendadak Selepas Rundingan Damai AS-Iran

WorldBusiness & Finance
15 Jun 2026 • 11:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Minyak Turun Mendadak Selepas Rundingan Damai AS-Iran

Harga Minyak Turun Mendadak Selepas Rundingan Damai AS-Iran

ISTANBUL, 15 Jun (Bernama-Anadolu) -- Harga minyak jatuh mendadak lewat Ahad selepas perjanjian diumumkan untuk menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran oleh pengantara Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Niaga hadapan Brent, yang didagangkan melebihi US$87, jatuh ke bawah paras US$84, turun kira-kira empat peratus setakat 2222 GMT berikutan berita mengenai perjanjian yang dirancang antara Washington dan Tehran, yang dijangka ditandatangani pada Jumaat selepas konflik lebih tiga bulan.

Baca juga:

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengumumkan awal Isnin, AS dan Iran telah mencapai persetujuan selepas rundingan intensif, dengan kedua-dua pihak mengisytiharkan penamatan serta-merta dan kekal bagi operasi ketenteraan di semua bidang, termasuk di Lubnan.

Menurut Sharif, majlis memeterai perjanjian rasmi dijadualkan berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.