

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 6 hingga 12 Mac ini.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
i. Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen kepada RM3.38 seliter daripada RM3.43 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal turun sebanyak 5 sen kepada RM3.13 berbanding RM3.18; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.


