Harga Pelan Asas Netflix Kini Dikurangkan Ke RM28 Sebulan

TechnologyDigital
21 Feb 2023 • 9:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Harga barang semua naik membuatkan ramai perlu berkira-kira dengan perbelanjaan harian. Dalam keadaan ekonomi yang agak gawat ini, Netflix Malaysia telah mengurangkan harga langganan bulanan untuk pelan Basic mereka ke RM28 berbanding RM35 bermula hari ini.

image is not available

Menerusi pelan asas, pelanggan dapat menstrim kandungan pada resolusi 720P pada telefon pintar, tablet, komputer dan juga TV. Selain itu sokongan muat turun diberikan bersama dengan akses kepada permua.

Harga baharu ini boleh dinikmati oleh pelanggan baharu dan juga pelanggan sedia ada. Pengumuman yang tidak dijangka kerana Netflix meningkatkan harga langganan mereka di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat tahun lalu.