Harga pengecas EV Gentari dinaikkan, pengecas DC 350kW kini RM1.70 setiap kWh

25 Apr 2023 • 10:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna kenderaan elektrik (EV) telah menikmati pelbagai promosi pengecas EV pada harga yang sangat berpatutan. Antaranya di stesen pengecas Gentari, tetapi ia akan berubah tidak lama lagi.

Menerusi notis daripada Setel, tempoh promosi untuk pengecas berasaskan kWh telah tamat di hab pengecas EV Gentari di tempat berikut:

  1. Xpark Sunway Serene
  2. Bangi Golf Resort
  3. Petronas Bandar Baru Ayer Hitam
  4. Petronas Jalan Sultan Azlan Shah (JSAS), Ipoh

image is not available

Berikut adalah harga baharu untuk pengecasan berasaskan kWh di empat tempat ini:

  • Pengecasan AC (7kW, 11kW, 22kW) RM0.90/kWh
  • Pengecasan DC (20kW, 30kW) RM1.30/kWh
  • Pengecasan DC (50kW 180kW) RM1.50/kWh
  • Pengecasan DC (350kW) RM1.70/kWh

Berbanding dengan kadar sebelum ini, pengecasan AC kini 63% lebih mahal, manakala pengecasan AC naik sehingga 50%. Contohnya, jika anda membayar RM40 dan mendapat 40kWh tenaga selepas mengecas dengan pengecas DC 60kW di Ipoh, kini ia berharga RM60. Manakala mengecas 40kWh dengan pengecas DC 350kW di Xpark Sunway Serene yang berharga RM48 sebelum ini, telah meningkat kepada RM68.

image is not available
Kadar pengecasan Gentari berasaskan kWh sebelum ini

Buat masa ini, harga baru ini masih tidak kelihatan di kedua-dua aplikasi Setel dan JomCharge kerana ia masih memaparkan harga promosi iaitu RM1/kWh untuk pengecas DC sehingga 180kW dan RM1.20/kWh untuk pengecas DC sehingga 250kW. Manakala harga untuk pengecas EV Gentari berasaskan masa, masih tidak berubah.

Bacaan Berkaitan

View Original Article