Harga Permainan Video 2025 Dijangka Mencapai Lebih RM447 Bermula Dengan GTA VI

TechnologyGamingDigital
21 Jan 2025 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GTA VI adalah permainan video baharu yang ramai nantikan sejak GTA V diperkenalkan pada tahun 2013. GTA adalah permainan video dunia terbuka, di mana pemain perlu mengawal watak penjenayah dan melakukan tugasan tanpa dikesan pihak berkuasa. Terbaru, GTA VI dikatakan diharapkan untuk menjadi penanda aras harga jualan permainan video tahun 2025.

image is not available

Penganalisis dari Epyllion menyatakan, mereka mengharapkan harga jualan GTA VI adalah sekitar $80 ke $100 iaitu mencapai lebih RM447. Jika tidak, mungkin ia boleh dijual pada harga sekitar lebih RM400. Ini kerana pada tahun 2020, kebanyakan permainan video terkenal telah mula menjual pada harga $70 iaitu dalam sekitar RM313. Jadi untuk GTA VI, jika dijual pada harga $70 akan menjadi paling murah dalam sejarah dan tidak realistik.

Jika Rockstar meningkatkan harga jualan GTA VI ke $100, ada harapan untuk permainan video lain turut dinaikkan harga. Misalnya yang berharga bermula $50, $60 dan $70 boleh menjadi bermula $60, $70 dan $80. GTA VI ketika dilancarkan pada sekitar tahun 2025 juga adalah permainan eksklusif untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series terlebih dahulu. Adakah anda akan membelinya jika harga mencapai hampir RM450?