Harga Petrol Dan Diesel Di Semenanjung Turun Lagi

LocalBusiness & Finance
14 Jan 2026 • 6:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Petrol Dan Diesel Di Semenanjung Turun Lagi

PUTRAJAYA — Harga runcit RON97 turun 3 sen kepada RM3.08 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi pula turun sebanyak 2 sen kepada RM2.52 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 15 hingga 21 Januari 2026.

Manakala diesel di Semenanjung pula turun sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.84 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Sementara itu, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 per liter, dan harga petrol bersubsidi RON95 bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga petroleum bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat,” maklum kenyataan itu.

https://web.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid05akcLDgFaedqUppnd6aytuKNtUSE6iykTM3hQE7SaggF5scAHeWEmcGeRnTp1umal

Sumber: Kementerian Kewangan 

BACA: Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

BACA: Putrajaya Dalam Fasa Untuk Beralih Ke Sistem Lampu Isyarat AI

BACA: Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat

The post Harga Petrol Dan Diesel Di Semenanjung Turun Lagi appeared first on Siakap Keli.