Harga petrol di UK melonjak ke paras tertinggi

WorldBusiness & Finance
2 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harga petrol di UK melonjak ke paras tertinggi

LONDON: Harga petrol di United Kingdom (UK) melonjak ke paras tertinggi sejak tercetusnya perang Iran, sekali gus menambah tekanan kewangan terhadap berjuta-juta isi rumah yang bakal memulakan musim cuti tahunan.

Persatuan Automobil Diraja (RAC) memaklumkan harga purata petrol di pam kini mencecah 160 pence (RM8.76) seliter, meningkat semula selepas susut kepada 151 pence (RM8.27) pada awal Julai susulan pengumuman gencatan senjata di Asia Barat.

Paras berkenaan merupakan yang tertinggi sejak November 2022, ketika harga bahan api melonjak susulan pencerobohan penuh Russia ke atas Ukraine.

Harga diesel pula meningkat 14.5 pence kepada 179 pence (RM9.80) seliter, namun masih lebih rendah berbanding paras tertinggi 192 pence (RM10.51) yang direkodkan pada April lalu, menurut RAC.

“Ini bermakna kos mengisi tangki kereta keluarga dengan petrol tanpa plumbum meningkat kepada 88 pound (RM482), manakala tangki diesel pula menelan kos tambahan 10 pound (RM54.78),” kata Ketua Dasar RAC, Simon Williams.

Williams turut memberi amaran harga diesel dijangka terus meningkat dan berpotensi mencecah 185 pence (RM10.13) dalam beberapa minggu akan datang, kecuali berlaku penurunan besar harga minyak dunia.

Harga bahan api sebelum ini menurun selepas Amerika Syarikat (AS) mencapai memorandum persefahaman dengan Iran pada pertengahan Jun, yang dilihat sebagai langkah awal ke arah rundingan damai.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump dilihat semakin kurang berminat meneruskan usaha perdamaian itu sejak kebelakangan ini, manakala AS kembali melancarkan beberapa serangan terhadap Iran menyebabkan sekutu AS di Asia Barat melakukan tindak balas.

Kelmarin, penanda aras minyak mentah Brent meningkat lebih satu peratus melebihi AS$90 (RM367) setong selepas Pengawal Revolusi Iran mendakwa menyerang dua kapal tangki yang cuba melalui Selat Hormuz di bawah pengiring udara AS, selain memaksa empat lagi kapal berpatah balik.- AGENSI

 

The post Harga petrol di UK melonjak ke paras tertinggi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved