Seorang wanita dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan Malaysia menguruskan ekonomi negara, terutamanya berkaitan harga bahan api dan kos sara hidup rakyat.
“Masa harga petrol (BBM) di Malaysia cuma RM2.05 seliter, di Indonesia pula dah cecah Rp13,250. Itu pun dah beza hampir 65 peratus! Padahal gaji minimum (UMR) di Malaysia lebih tinggi 20 peratus daripada kami,” katanya menerusi satu video yang tular.
Menurutnya lagi, Malaysia kini berjaya menurunkan harga petrol kepada RM1.99 seliter, iaitu satu langkah yang dianggap sangat membantu rakyat. Malah, katanya, kadar tol tidak dinaikkan, selain kerajaan turut menambah satu hari cuti umum serta memberikan bantuan RM100 kepada rakyat untuk membeli barangan dapur.
“Bukan itu saja, ada juga diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian barangan keperluan. Semua ini hanya dapat dicapai dengan kepimpinan yang jujur dan cekap, seperti yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Baru dua tahun pegang jawatan, tapi dah berjaya turunkan inflasi, tingkatkan peluang pekerjaan dan kurangkan kadar pengangguran,” katanya.
Di Malaysia, pembangkang desak Turun Anwar. Tetapi di Indonesia, rakyat mereka desak kerajaan Indonesia tiru gaya pemerintahan Anwar Ibrahim.
Mereka puji keupayaan Anwar turunkan inflasi, naikkan gaji penjawat awam, turunkan harga minyak, dan bijak mentadbir negara pic.twitter.com/f51YHLoCaF
Baca juga:
Wanita itu menegaskan bahawa tujuannya bukan untuk membanding-bandingkan antara dua negara, tetapi lebih kepada mengambil contoh yang baik.
“Semoga Indonesia dapat mencontohi kejayaan negara jiran seperti Malaysia, agar rakyat kita juga dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera,” katanya lagi.
The post ‘Harga petrol Malaysia jauh lebih murah, rakyat dapat bantuan’ appeared first on The Reporter.

