Harga Rasmi Model CKD BMW 530i M Sport & MINI Countryman S ALL4 Diumumkan – Dari RM258,888!

LocalCars
13 Feb 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

BMW Group Malaysia hari ini mengesahkan harga rasmi bagi dua model pemasangan tempatan (CKD) terbarunya, BMW 530i M Sport generasi G60 dan MINI Countryman S ALL4.

BMW 530i M Sport Kini Dari RM399,800

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sedan eksekutif premium, BMW 530i M Sport, ditawarkan di pasaran bermula daripada RM399,800. Sekiranya pelanggan memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BS & RI) yang merangkumi waranti lanjutan 5 tahun, harga meningkat kepada RM430,100.

MINI Countryman S ALL4 Kini Dari RM258,888

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sementara itu, model MINI Countryman S ALL4 ditawarkan pada harga serendah RM258,888. Jika pembeli memilih pakej tambahan MINI Extended Warranty and Service, yang menawarkan perlindungan tanpa had perbatuan selama 4 tahun serta pakej servis 4 tahun atau 60,000 km, harga jualannya meningkat kepada RM269,288.

Untuk makluman pembaca, model ini pertama kali diumumkan awal bulan lalu dengan anggaran harga sekitar RM259,000 sebelum dipertontonkan secara rasmi bersama BMW 530i M Sport semasa persidangan perniagaan tahunan BMW Group Malaysia. Pada ketika itu, BMW 530i M Sport turut diumumkan dengan anggaran harga RM400,000.

530i M Sport Lebih Bertenaga, Countryman S Dengan ALL4 AWD

image is not available

BMW 530i M Sport menggunakan enjin 2.0L 4 silinder turbo petrol sebagai nadinya, membuatkannya lebih berkuasa berbanding varian 520i dan 520i M Sport. Digandingkan dengan sistem hibrid ringkas (MHEV) 48V, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 258 hp dan 400 Nm, kepada roda belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan. Hasilnya, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 6.2 saat.

MINI Countryman S ALL4 pula menggunakan enjin 2.0L 4 silinder turbo petrol, tanpa teknologi MHEV. Tenaga setinggi 204 hp dan 300 Nm disalurkan kepada sistem ALL4 AWD melalui transmisi automatik dwi-klac (DCT) tujuh kelajuan. Gabungan ini membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 7.4 saat.

Bagi yang berminat, kedua-dua model ini kini boleh dilihat dan ditempah di semua bilik pameran BMW dan MINI yang sah di seluruh negara.