“Harga RM15 Tapi..” – Pelanggan ‘Complaint’ Nasi Lemak Tepi Jalan Bungkus Tak Senonoh, Penjual Pertahankan Diri

LocalFood
20 Nov 2024 • 12:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nasi lemak

Di TikTok, seorang peniaga nasi lemak tampil mempertahankan diri selepas menerima aduan daripada pelanggan.

Difahamkan, aduan tersebut ditulis pelanggan di Facebook Penduduk Gombak/Selangor menyatakan nasi lemak yang dibelinya dibungkus secara tak senonoh.

“Nasi lemak paling tak senonoh, RM15 tapi..”

Pelanggan tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak mencecah RM15 tetapi dibungkus hanya menggunakan plastik.

image is not available

Peniaga menjelaskan pembeli merupakan seorang wanita yang menaiki kereta mahal berwarna putih. Pembeli rupa-rupanya membeli dua bungkus nasi lemak iaitu nasi lemak daging goreng dan nasi lemak ayam goreng.

Penjelasan peniaga

@ayamgoreng2budakgemok

kena viral kondem complained di muka buku disebabkan harganya rm15 dua bungkus nasi berlaukkan ayam masak merah dan Daging goreng belengas. ini video penjelasan saya. #foryou #makan #fyp #fyppp #tiktok #1 #kl #nasilemak #diamondsquare #fypシ #fypage #ayamgoreng2budakgemok #nasilemak #makanlokal #makananviral

♬ original sound – AyamGoreng2BudakGemok – AyamGoreng2BudakGemok

Kata peniaga, pembeli juga meminta daging lebih membuatkan caj sebenar adalah RM16.50. Tetapi, penjual memberi diskaun RM1.50 menjadikan makanan dijual dengan harga RM15.

Nasi lauk daging RM8. Lepastu saya yakin, sy dengar dan isteri saya pun dengar, dia tak sebut nasi lebih tapi dia sebut daging lebih. Jadi daging lebih saya ambil RM2. Nasi dia yang kedua ialah nasi lauk ayam, nasi saya RM3, ayam RM3.50.

Mengenai bungkusan pula, peniaga mengaku mahu menjimatkan kos memandangkan dia hanya peniaga tepi jalan. Malah, bungkusan jenis itu digunakan oleh ramai peniaga yang lain.

Nak ‘refund’ duit pembeli

image is not available

Peniaga ini memohon pembeli berkenaan menghubunginya untuk ‘refund’ semula RM15 harga makanan yang dibeli.

Kata lelaki ini, dia menghalalkan nasi lemak berkenaan dan mahu memberi gantirugi kerana tidak mahu sangkut di akhirat kelak.

#OhmediaNasihat

Dalam setiap rezeki yang kita terima, pasti ada ujian. Sebagai pembeli, kita perlu menilai sesuatu situasi dengan adil sebelum membuat sebarang tuduhan. Manakala sebagai peniaga, sikap jujur seperti peniaga ini patut dicontohi. Ingatlah, setiap tindakan kita akan dihisab kelak!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok